Nilam
- Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
- Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
- Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
- Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.
- Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998
Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun dikalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Objektif
- Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Pelaksanaan
- Rekod Bacaan (buku rekod murid)
- Borang Rekod (penilaian guru)
- Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)
Tahap Pelaksanaan
Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
Membaca banyak buku & direkodkan (bil / tajuk / penulis / ringkasan)
Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
BILANGAN BUKU | PENGIKTIRAFAN |
90 - 179 | Gangsa |
180 - 269 | Perak |
270 - 359 | Emas |
360 ke atas | Nilam |
Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu
BILANGAN BUKU | PENGIKTIRAFAN |
72 - 143 | Gangsa |
144 - 215 | Perak |
216 - 287 | Emas |
287 ke atas | Nilam |
2. Rakan Pembaca
Sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
Ciri-ciri Rakan Pembaca
- sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari.
- menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.
MARKAH | PENGIKTIRAFAN |
100-199 | Gangsa |
200-299 | Perak |
300-399 | Emas |
400 ke atas | Nilam |
Aktiviti Rakan Pembaca
- Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
- Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan.
- Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran.
Kiraan Pemarkahan
Tahap Rakan Pembaca
Aktiviti | Kiraan | Jumlah Markah |
Aktiviti bercerita | 1 sesi x 5 pendengar | 5 markah |
1 sesi x 100 pendengar | 5 markah | |
Membaca bersama | 1 sesi x 5 pembaca | 5 markah |
1 sesi x 10 pembaca | 5 markah | |
Bicara / Forum / Ulasan buku | 1 sesi x 5 pendengar | 5 markah |
1 sesi x 100 pendengar | 5 markah | |
Meminjamkan buku (book swap) | 1 buku x 2 peminjam | 2 markah |
1 buku x 5 peminjam | 5 markah | |
Rujukan PKG Paloh2011
No comments:
Post a Comment